Pakej Sampai Lulus VS Pakej Biasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagaimana yang anda sedia maklum, kami menyediakan dua pakej berbeza untuk pilihan anda iaitu Pakej Sampai Lulus dan Pakej Biasa. Disebabkan ramai yang bertanya tentang perbezaan antara kedua-dua pakej ini, biar kami terangkan disini. Lihat jadual dibawah dan penerangannya:-


Jenis Pakej
Sampai Lulus
Biasa
Praktikal
16 jam
10 jam
Ujian Komputer
3 Kali Percubaan
1 Kali Percubaan
Ujian JPJ
3 Kali Percubaan
1 Kali Percubaan


PAKEJ SAMPAI LULUS
Harga untuk pakej ini lebih mahal berbanding pakej biasa akan tetapi pakej ini sebenarnya lebih menguntungkan anda.
1. Ujian Komputer
Bermula dengan langkah pertama iaitu ujian komputer, pakej ini menawarkan sehingga 3 kali percubaan. Bermaksud, sekiranya anda gagal untuk kali pertama, percubaan kali kedua anda tidak perlu bayar. Dan sekiranya anda gagal lagi untuk kali kedua, percubaan kali ketiga juga masih percuma. Walau bagaimanapun untuk percubaan kali keempat anda sudah perlu membayar yuran ujian komputer tersebut yang berjumlah RM 50 (Kereta & Motor) ataupun RM 40 (Motor sahaja). Namun anda tidak perlu khuatir. 98% dari calon kami lulus selepas ujian kali kedua.
Penjimatan disini: RM 50 x 2 kali percubaan ulangan = RM 100!!
2. Bilangan Kelas
Untuk pakej ini, anda boleh belajar memandu tanpa had limit jam sehinggalah anda betul-betul yakin untuk memasuki ujian JPJ. Tenaga pengajar kami akan terus mengajar anda dengan penuh komited. Anda juga akan diberi keutamaan untuk belajar ketika hujung minggu.
3. Ujian JPJ
Pakej sampai lulus akan merangkumi bayaran ujian JPJ sehingga 3 kali percubaan sepertimana ujian komputer. Hanya sekiranya anda gagal untuk kali ketiga, maka untuk ujian kali keempat dan seterusnya, anda perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM 80 setiap kali percubaan hanya utk pakej ini sahaja.
Penjimatan disini: RM 150 x 2 kali percubaan ulangan = RM 300!!
Total penjimatan untuk pakej sampai lulus ialah RM 400 dan anda dapat belajar memandu dengan lebih jam. Keuntungan yang berganda kan?
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Pakej Sampai Lulus, anda boleh membaca di entry kami yang terdahulu. Sila klik diSINI.
PAKEJ BIASA
Pakej biasa dibuka dengan harga yang lebih murah berbanding pakej sampai lulus. Walaupun harganya rendah, namun anda tidak perlu risau kerana pakej ini tidak mempunyai sebarang kos tersembunyi. Perbezaannya dengan pakej sampai lulus adalah seperti dibawah.
1. Ujian Komputer
Di dalam pakej biasa, percubaan ujian komputer akan dirangkum sebanyak 1 kali percubaan. Sekiranya anda gagal, anda perlu menambah bayaran berjumlah RM 50 (Kereta & Motor) ataupun RM 40 (Motor sahaja) untuk setiap kali ujian. Usah risau, sekiranya anda membaca buku dan membuat latihan, sudah pasti anda mampu lulus untuk 1 kali percubaan sahaja.
2. Bilangan Kelas
Anda akan diajar memandu selama 10 jam. Walaupun sepuluh jam merupakan satu masa yang agak pendek, namun sepanjang pemerhatian kami, kebanyakan pelajar kami akan cekap memandu dalam masa lebih kurang 4 hari iaitu bersamaan dengan 8 jam. 2 jam selebihnya biasanya diguna untuk belajar teknik-teknik yang dirasakan selesa mengikut individu.
3. Ujian JPJ
Bagi ujian JPJ pula, 1 kali percubaan akan dirangkumi dalam pakej biasa. Sepertimana ujian komputer, anda perlu menambah bayaran sebanyak RM 100 untuk setiap kali ulangan ujian JPJ. Sentiasa yakin dan lakukan apa yang tenaga pengajar telah ajarkan kepada anda, anda pasti berjaya dengan cemerlang dalam ujian JPJ.


Peringatan kepada anda, terdapat institusi memandu yang lain menawarkan harga yang lebih rendah dari kami tetapi harga yang ditawarkan itu mempunyai pelbagai kos tersembunyi. Ingatlah anda cuma mengambil lesen hanya sekali seumur hidup. Pastikan pilihan anda adalah pilihan yang terbaik. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Call / SMS : 012-3417750 / 019-3910410
WhatsApp : 019-3910410
BBM : 22861048
 
Terima Kasih.