Nak dapatkan Lesen??senang sahaja..

1. Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Hari : Rabu / Sabtu / Ahad Masa : 9.30 pg - 4.30 ptg Venue : Metro Driving Academy, Pulau Meranti, Puchong. 2. Ujian Undang-Undang Berkomputer Hari : Isnin / Selasa / Rabu / Khamis / Jumaat / Sabtu / Ahad Masa : 9.00 pg - 3.00 ptg 3. Kursus Teori Asas Pemanduan (JPJL2B) Hari : Rabu / Sabtu / Ahad Masa : 10.00 pg - 1.00 ptg (Kelas Teori) / 1.30 ptg - 4.30 ptg (Kelas Amali) Venue : Metro Driving Academy, Pulau Meranti, Puchong. 4. Lesen L 5. Latihan Pemanduan Jumlah Jam : Minimum 8 Jam ( 4 Kelas ) Jadual Belajar: Selasa / Rabu / Khamis / Sabtu / Ahad ( 7.30 pg - 5.30 ptg ) 6. Ujian Kelayakan(QTI) 7. Ujian Praktikal JPJ Hari Ujian : Setiap Hari Jumaat ( 8.30 pg - 5.30 ptg ) 2 kali sebulan Venue : Metro Driving Academy, Pulau Meranti, Puchong. 8. Lesen P

Mengapa MDA Putrajaya?

#KESELAMATAN anda adalah keutamaan kami #Kami menyediakan pengangkutan sehingga anda TAMAT belajar #Pakej kami adalah Belajar Sampai Lulus[1.peluang diberi tiga kali utk test komp.][2.Jumlah Jam adalah tidak terhad-tiada penambahan yuran utk tambah jam][Test JPJ adlh sampai lulus-tiada penambahan yuran sekiranya GAGAL]. #Skim bayaran ansuran istimewa #Percuma Insuran Kemalangan Setahun

TIPS-TIPS UNTUK LULUS UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

Anda akan dibenarkan menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer kira-kira 3 hari selepas selesai tamat kelas K.P.P. 5 jam. Ujian ini sebenarnya mudah kerana anda telah dibekalkan dengan buku teks, buku contoh soalan dan CD contoh soalan. Yang penting anda perlu mengulangkajinya. Walaubagaimanapun, masih ramai yang menghadapi kesukaran untuk lulus dalam ujian ini. Malah terdapat juga yang telah mengambil lebih daripada 3 kali, tetapi masih belum lulus. Disini, saya akan berikan tips-tips bagi membantu anda semua untuk lulus. Terdapat 50 soalan di dalam ujian ini. Markah lulus ialah 42 markah. Ini bermakna maksimum kesalahan yang boleh anda lakukan ialah 8 soalan. Ujian ini dibahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A (Papan Tanda) mempunyai 15 Soalan. Bahagian ini adalah yang paling mudah. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab dengan betul pada semua soalan di bahagian ini. Cuba ketika anda keluar rumah dengan menaiki kereta atau bas, sila perhatikan papan-papan tanda di jalan raya dan fahamkan betul-betul fungsinya. Bahagian B (Panduan Berhemat) pula mengandungi 25 Soalan. Soalan-soalan di bahagian ini memang panjang dan agak susah sedikit. Ia memerlukan anda untuk berfikir sebelum menjawab soalan-soalan tersebut. Sila cuba untuk hanya melakukan 4 kesalahan sahaja. Yang terakhir sekali ialah Bahagian C (Akta Pengangkutan Jalan dan Sistem Kejara). Ia mempunyai 10 soalan sahaja. Sekiranya anda benar-benar mengulangkaji, pastinya tidak susah untuk menjawab soalan di bahagian ini. Kerana semua jawapan yang diberikan adalah fakta. Anda perlu mencapai markah yang tinggi dalam bahagian ini. Banyakkan latihan menjawab soalan di bahagian ini dan cuba hafal soalan dan jawapannya. Oleh itu, sila jangan membuat lebih daripada 3 kesalahan. Kesimpulannya, jika anda ikut apa yang diperkatakan di atas, anda hanya akan membuat 7 kesalahan sahaja iaitu 0 di Bahagian A, 4 di Bahagian B dan 3 di Bahagian C. Anda akan memperoleh markah 43/50 di mana sudah semestinya anda akan lulus ujian ini. Ikut panduan-panduan di atas dan anda pasti berjaya. Sekian. Selamat Berjaya

Pakej Sampai Lulus VS Pakej Biasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagaimana yang anda sedia maklum, kami menyediakan dua pakej berbeza untuk pilihan anda iaitu Pakej Sampai Lulus dan Pakej Biasa. Disebabkan ramai yang bertanya tentang perbezaan antara kedua-dua pakej ini, biar kami terangkan disini. Lihat jadual dibawah dan penerangannya:-


Jenis Pakej
Sampai Lulus
Biasa
Praktikal
16 jam
10 jam
Ujian Komputer
3 Kali Percubaan
1 Kali Percubaan
Ujian JPJ
3 Kali Percubaan
1 Kali Percubaan


PAKEJ SAMPAI LULUS
Harga untuk pakej ini lebih mahal berbanding pakej biasa akan tetapi pakej ini sebenarnya lebih menguntungkan anda.
1. Ujian Komputer
Bermula dengan langkah pertama iaitu ujian komputer, pakej ini menawarkan sehingga 3 kali percubaan. Bermaksud, sekiranya anda gagal untuk kali pertama, percubaan kali kedua anda tidak perlu bayar. Dan sekiranya anda gagal lagi untuk kali kedua, percubaan kali ketiga juga masih percuma. Walau bagaimanapun untuk percubaan kali keempat anda sudah perlu membayar yuran ujian komputer tersebut yang berjumlah RM 50 (Kereta & Motor) ataupun RM 40 (Motor sahaja). Namun anda tidak perlu khuatir. 98% dari calon kami lulus selepas ujian kali kedua.
Penjimatan disini: RM 50 x 2 kali percubaan ulangan = RM 100!!
2. Bilangan Kelas
Untuk pakej ini, anda boleh belajar memandu tanpa had limit jam sehinggalah anda betul-betul yakin untuk memasuki ujian JPJ. Tenaga pengajar kami akan terus mengajar anda dengan penuh komited. Anda juga akan diberi keutamaan untuk belajar ketika hujung minggu.
3. Ujian JPJ
Pakej sampai lulus akan merangkumi bayaran ujian JPJ sehingga 3 kali percubaan sepertimana ujian komputer. Hanya sekiranya anda gagal untuk kali ketiga, maka untuk ujian kali keempat dan seterusnya, anda perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM 80 setiap kali percubaan hanya utk pakej ini sahaja.
Penjimatan disini: RM 150 x 2 kali percubaan ulangan = RM 300!!
Total penjimatan untuk pakej sampai lulus ialah RM 400 dan anda dapat belajar memandu dengan lebih jam. Keuntungan yang berganda kan?
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Pakej Sampai Lulus, anda boleh membaca di entry kami yang terdahulu. Sila klik diSINI.
PAKEJ BIASA
Pakej biasa dibuka dengan harga yang lebih murah berbanding pakej sampai lulus. Walaupun harganya rendah, namun anda tidak perlu risau kerana pakej ini tidak mempunyai sebarang kos tersembunyi. Perbezaannya dengan pakej sampai lulus adalah seperti dibawah.
1. Ujian Komputer
Di dalam pakej biasa, percubaan ujian komputer akan dirangkum sebanyak 1 kali percubaan. Sekiranya anda gagal, anda perlu menambah bayaran berjumlah RM 50 (Kereta & Motor) ataupun RM 40 (Motor sahaja) untuk setiap kali ujian. Usah risau, sekiranya anda membaca buku dan membuat latihan, sudah pasti anda mampu lulus untuk 1 kali percubaan sahaja.
2. Bilangan Kelas
Anda akan diajar memandu selama 10 jam. Walaupun sepuluh jam merupakan satu masa yang agak pendek, namun sepanjang pemerhatian kami, kebanyakan pelajar kami akan cekap memandu dalam masa lebih kurang 4 hari iaitu bersamaan dengan 8 jam. 2 jam selebihnya biasanya diguna untuk belajar teknik-teknik yang dirasakan selesa mengikut individu.
3. Ujian JPJ
Bagi ujian JPJ pula, 1 kali percubaan akan dirangkumi dalam pakej biasa. Sepertimana ujian komputer, anda perlu menambah bayaran sebanyak RM 100 untuk setiap kali ulangan ujian JPJ. Sentiasa yakin dan lakukan apa yang tenaga pengajar telah ajarkan kepada anda, anda pasti berjaya dengan cemerlang dalam ujian JPJ.


Peringatan kepada anda, terdapat institusi memandu yang lain menawarkan harga yang lebih rendah dari kami tetapi harga yang ditawarkan itu mempunyai pelbagai kos tersembunyi. Ingatlah anda cuma mengambil lesen hanya sekali seumur hidup. Pastikan pilihan anda adalah pilihan yang terbaik. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Call / SMS : 012-3417750 / 019-3910410
WhatsApp : 019-3910410
BBM : 22861048
 
Terima Kasih.